Monday, November 10, 2008

Populasi

Adakah populasi penting?

Ada pemain yang tidak menghiraukan jumlah populasi dalam kampung mereka. Biasanya mereka dari puak Teuton, apa yang penting bagi mereka ialah membina jumlah tentera yang besar secepat mungkin. Dan sebaliknya, ada pemain yang tidak hiraukan sangat tentang ketenteraan tapi lebih menumpukan kepada perkembangan kampung supaya kampung mereka maju dengan cepat.

Tektik manakah yang betul?

Sebenarnya kedua-dua tektik di atas adalah betul. Puak-puak dalam Travian; Rom,Teuton & Gaul mempunyai sifat yang berlainan. Jika anda ingin berjaya dalam Travian anda perlu bermain mengikut sifat puak yang anda pilih. Itulah keistimewaan Travian =)

Rom Teuton Gaul
Teuton adalah penyerang yang handal dan ganas, tetapi agak lemah dalam pertahanan.

Pada permulaan Gaul tidak mempunyai penyerang yang baik sehinggalah kampung puak ini telah semakin berkembang. Jadi sesiapa yang bermain Gaul perlulah menumpukan kepada perkembangan sumber (kayu,tanah liat,besi & tanaman) dan juga hanya menumpukan kepada bangunan yang betul-betul penting sahaja. Apabila semua sumber berada pada tahap 6, barulah sesuai untuk selidik Askar Pedang.

Disebabkan ramai beginners menggunakan puak Rom, jadi mereka tidak menghargai Tempoh Perlindungan Pemain Baru. Apa yang mereka lakukan adalah cuba untuk membina askar sebanyak dan secepat mungkin. Rom mempunyai askar pejalan kaki yang terbaik dan bagi beginners yang teruja untuk menyerang, adalah baik jika matlamat utama anda untuk mempunyai Askar Empayar.

Tetapi, askar Rom amat mahal untuk dibina. Jika dibandingkan antara Askar Legion (Rom) dan Askar Belantan (Teuton); Askar Belantan hanya memerlukan jumlah sumber sebanyak 250 untuk dibina manakala Askar Legion memerlukan 440 sumber. Untuk membina 50 Legion anda memerlukan 22 000 sumber manakala untuk membina 50 Belantan hanya memerlukan 12 500 sumber. Nampak tak perbezaan di sini? Kedua-dua askar mempunyai nilai serangan yang sama iaitu 40. Belantan boleh angkut sumber lebih banyak dari Legion (Belantan boleh angkut 60 sumber manakala Legion 40 sumber). Belantan juga lebih laju dari Legion dengan 7 petak sejam manakala Legion 6 petak sejam.

Sebagai puak Rom, amat sukar untuk membina askar jika sumber anda menghasilkan produksi yang rendah. Ini kerana askar Rom amat mahal.

Bagi Rom, populasi amat penting kerana ia berkait dengan menaik tahap sumber. Askar Rom adalah bagus jika tahap sumber berada pada tahap 7 atau 8. Apabila sumber anda berada pada tahap ini, anda dapat membina askar Rom dengan banyak dalam masa yang agak singkat. Pada peringkat ini, anda sebagai Rom akan menjadi lebih berkuasa. Kenapa saya berkata sedemikian akan diterangkan dalam artikel seterusnya ;)

Bagaimana Menghadapi Perangkap Gaul

gaulBagi saya, puak Gaul adalah mimpi ngeri kepada para penyerang. Dengan kapasiti gua yang 2 kali lebih besar dan mampu menghasilkan perangkap, ini memang menyukarkan serangan.

Tip-tip untuk menyerang puak Gaul?

1) Buat Serangan NORMAL, JANGAN guna serbuan.

Serangan serbuan memudahkan askar memasuki perangkap. Bagi membebaskan askar anda yang terperangkap, pastikan anda menggunakan serangan normal. Serangan serbuan TIDAK dapat membebaskan askar anda dari perangkap.


2) Hantar askar anda melebihi perangkap yang ada.

Jika terdapat 10 perangkap hantar askar anda seramai 11 orang.
Maksimum perangkap yang mampu dibuat hanyalah 200. Oleh itu, jika anda ingin menyerang puak Gaul yang besar, hantar sekurang-kurangnya 201 askar bagi memastikan askar anda terselamat dari perangkap.


3) Bagaimana untuk membebaskan askar anda yang terperangkap?

Buat satu lagi serangan yang melebihi perangkap yang ada, ingat guna serangan normal kerana serangan serbuan tidak dapat membebaskan askar anda.

Jika anda tidak lagi mempunyai tentera untuk serangan seterusnya, minta bantuan daripada ahli-ahli persekutuan anda untuk membuat serangan. Serangan daripada ahli-ahli persekutuan juga dapat membebaskan askar yang berada di dalam perangkap.

Ingat, untuk menyerang puak Gaul, gunakan serangan NORMAL.

Titik Perhimpunan

Titik Perhimpunan adalah bangunan yang anda perlukan bagi memenuhi syarat untuk membina Berek.

Titik Perhimpunan merupakan tempat pasukan ketenteraan berkumpul. Dari sini anda dapat menghantar tentera anda untuk menyerang dan membantu kampung-kampung yang lain. Di Titik Perhimpunan ini terdapat simulator peperangan yang digunakan untuk mengira atau mengkaji jumlah tentera yang patut dihantar untuk menyerang musuh anda.

Tapi, bagi mereka yang masih baru, mereka pasti terkeliru atau tertanya-tanya di manakah titik perhimpunan dapat dibina.

Rajah di bawah menunjukkan di mana letaknya titik perhimpunan.

Bagi membina titik perhimpunan anda memerlukan:
110 kayu
160 tanah liat
90 besi
70 tanaman


a) Titik Perhimpunan hanya dapat dibina di bahagian sebelah kanan Bangunan Utama. Iaitu pada kawasan lengkungan. Rujuk rajah.

titik perhimpunan

b) Titik Perhimpunan hanya dapat di bina di kawasan ini.

rally point

c) Titik Perhimpunan telah siap dibina.

titik perhimpunan

Peta Travian

Bagi yang baru mengenali dunia Travian, mungkin anda tertanya-tanya di manakah kedudukan kampung anda di dalam peta Travian,sama ada di Utara-Barat(NW), Utara-Timur(NE), Selatan-Barat(SW) atau Tenggara(SE).

Kedudukan anda dapat dipastikan pada koordinat kampung anda.

Jika koordinat kampung anda kedua-duanya positif, contohnya (12|24), kampung anda berada pada area Utara-Timur(NE) pada peta Travian.

Jika koordinat x-negatif y-positif, kampung anda berada di sebelah Utara-Barat(NW). Contoh (-12|24).

Bagi x dan y negatif contoh (-12|-24), kampung ada berada di sebelah Selatan-Barat(SW) manakala bagi x-positif dan y-negatif, anda berada dalam daerah Tenggara(SE) contohnya (12,-24).

travian map